Berbekalkan rejim diet yang tegas, Lee Jun-ki mampu tampil sebagai pelajar kolej dalam drama “Again My Life” nanti.
Terbaru, SBS telah berkongsi beberapa foto yang memaparkan Lee Jun-ki sebagai pelajar kolej di dalam drama itu dengan berpakaian hoodie.
Dapat dilihat, lemak di pipinya sudah tidak kelihatan kini lantas rahang yang tajam menarik perhatian ramai. Meskipun sudah 41 tahun, lelaki itu nampak tegap dan terjaga rapi.
Kalau anda nak tahu, Lee Jun-ki pernah berkongsi bahawa dia sudah berhenti mengambil karbohidrat selama 6 tahun untuk menjaga badannya.
Terbaru, lelaki itu dilihat memperkenalkan resipi nasi goreng menggunakan ayam dan tofu menerusi program “Funstaurant” baru-baru ini sekaligus membuktikan bahawa dia masih lagi setia dengan diet berkenaan.
Untuk melihat penampilan hebat Lee Jun-ki itu, jangan lupa saksikan “Again My Life” pada 8 April nanti di mana dia akan membawa watak Kim Hee-woo iaitu seorang pendakwa raya yang mati tanpa keadilan dna diberi peluang untuk hidup semula.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.