Peminat pastinya merindui J-Hope BTS yang sedang menjalani khidmat ketenteraan kini.
Bagi yang belum tahu, J-Hope telah menjadi ahli BTS yang kedua mendaftar di perkhidmatan ketenteraan wajib pada 18 April yang lalu.
Baru-baru ini, foto baru idola itu telah dikeluarkan melalui aplikasi rasmi tentera yang dipanggil “The Camp”, yang akan turut berkongsi maklumat tentang makanan harian dan tempat di mana surat boleh dihantar secara maya kepada tentera di sana.
Khususnya dalam beberapa gambar yang dimuat naik, J-Hope dilihat memakai pakaian seragam tentera sambil tersenyum gembira dan membuat ‘finger heart’.
To clear this‼️
these 2 pics r official from other trainees ones and j-hope appeared in them so it’s official just like the other 2 not leaked
🙂🤷♀️🧘♀️😴 #Jhope_military #jhopemilitaryservice pic.twitter.com/YN9eM2hX0X— all BTS members 2141😍😍 love you all members 💜 (@RabiyaK05561289) April 25, 2023
Dalam foto yang lain, ahli BTS itu sedang menikmati makanannya dan juga membuat gaya ‘thumbs up’, meraih perhatian peminat dengan senyuman manisnya.
Selepas foto-foto itu tersebar, peminat tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja mereka kerana dapat melihat J-Hope dalam keadaan yang sihat dan gembira. Antara komen yang ditulis,
Dia kelihatan sangat bagus dalam pakaian seragam. Saya rindu dia.
Kekal sihat Jung Ho-seok.
Saya sangat gembira dapat melihat wajahnya.
Semoga J-Hope baik-baik saja dalam kem tentera!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉