Selepas Jin, J-Hope adalah ahli BTS seterusnya yang akan menjalani khidmat ketenteraan.
Terbaru pada 18 April, J-Hope telah memasuki kem latihan di bahagian Tentera Korea di Wilayah Gangwon dan akan memenuhi ketenteraan wajibnya sebagai askar bertugas aktif.
Pada hari yang sama, akaun Twitter rasmi BTS turut memuat naik foto mereka menghantar J-Hope ke latihan tentera, dengan kapsyen yang ditulis,
J-Hope sayang awak 💜
제이홉 사랑해💜 pic.twitter.com/vEJ6hGehnQ
— 방탄소년단 (@BTS_twt) April 18, 2023
Sebelum ini menerusi siaran langsung di Weverse, J-Hope telah meminta kepada peminat untuk tidak merisaukannya. Idola itu berkata,
Jangan risau, saya akan melaksanakan tugas saya dengan baik dalam tentera. Saya mempunyai beberapa kebimbangan seminggu yang lalu tetapi sekarang saya berasa sangat baik sehingga saya tertanya-tanya sama ada tidak mengapa untuk berasa seperti ini. Saya akan melakukan yang terbaik dan kembali dengan selamat.
Selamat berkhidmat J-Hope!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉