Ikuti Kami:

[REVIEW] Kenal Dalam Aplikasi ‘Dating’, Tonton ‘Nothing Serious’ Lakonan Son Sukku & Jeon Jongseo

[REVIEW] Kenal Dalam Aplikasi ‘Dating’, Tonton ‘Nothing Serious’ Lakonan Son Sukku & Jeon Jongseo

Siapa yang tengah bosan sekarang, korang boleh layan filem “Nothing Serious” untuk mengisi masa terluang!

Bagi yang belum tahu, “Nothing Serious” dibintangi oleh Jeong Jong-seo, Son Suk-ku, Gong Min-jung, Kim Seul-gi, Bae Yoo-ram, Kim Jae-hwa, Kim Young-ok dan Kim Kwang-kyu.

Filem ini mengisahkan tentang Ja-young (Jeon Jong-seo), yang tidak mahu untuk ‘dating’, tetapi lebih membenci kesepian, dan Woo-ri (Son Suk-ku), yang mana urusan percintaan dan kehidupan kerjanya tidak memenuhi keinginannya. Kedua-duanya mula berkenalan melalui aplikasi temu janji dan memulakan percintaan yang sangat unik apabila mereka menyembunyikan nama, perasaan, dan alasan mereka untuk bercinta.

Dalam “Nothing Serious”, Son Suk-ku memainkan watak Woo-ri, seorang lelaki bujang berusia 33 tahun. Dia merupakan seorang wartawan baru, walaupun dia mahu menjadi seorang novelis pada asalnya. Woo-Ri benci kesepian, tetapi dia tidak begitu bertuah dengan hubungan romantis.

Ja-young akan dilakonkan oleh Jeon Jong-seo, seorang wanita bujang berusia 29 tahun. Dia mempunyai personaliti yang berani. Ja-young berusaha untuk menjadi seorang wanita yang matang berumur 30 tahun, tetapi dia telah mengalami kegagalan dan terlilit hutang. Teman lelakinya juga membuangnya selepas bersama selama sebulan. Oleh itu, Ja-young mengisytiharkan bahawa dia tidak akan ‘dating’ lagi.

Pada awalnya, filem itu menunjukkan bagaimana keadaan tidak ke mana-mana untuk Ja-young. Dia baru-baru ini memohon geran kerajaan untuk membiayai ‘podcast’ bebasnya yang mungkin merupakan satu kejayaan besar untuk kerjaya profesional bebasnya, tetapi dia tidak begitu pasti sama ada dia akan berjaya atau tidak, dan dia juga agak tertekan sejak dia berpisah dengan bekas teman lelakinya beberapa bulan lalu.

Walaupun dia sering dihiburkan oleh bapanya yang duda serta beberapa kawan rapatnya, dia tidak dapat menahan rasa kesunyian kerana menghadapi keperluan seksualnya yang semakin meningkat dari hari ke hari dalam beberapa bulan yang lalu.

Itulah sebabnya dia mula menggunakan aplikasi digital tertentu untuk pertemuan seksual kasual, tetapi, setakat ini, dia tidak dapat mendapatkan lelaki yang sesuai untuknya. Namun pada suatu hari, dia didekati oleh seseorang yang sesuai untuknya iaitu Woo-ri (Son Suk-ku), dan mereka saling mengenali perasaan antara satu sama lain yang mana akan mempunyai kisah menarik yang ringan. Memang boleh tengok untuk hilangkan ‘stress’ tau!

filem nothing serious

Untuk pengetahuan, penulis bagi filem “Nothing Serious” ini telah berjaya memenangi anugerah bagi kategori ‘Lakon Layar Terbaik – Kategori Filem’ di acara ‘Anugerah Baeksang 2022’. Tahniah!

Korang jangan lupa tonton filem “Nothing Serious” tau. Memang seronok.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...