Ikuti Kami:

[REVIEW] Cuba Untuk Keluar Dari Lubang Benam, Tonton Filem ‘Sinkhole’ Kisah Bencana Komedi

[REVIEW] Cuba Untuk Keluar Dari Lubang Benam, Tonton Filem ‘Sinkhole’ Kisah Bencana Komedi

Peminat filem Korea? Filem “Sinkhole” adalah salah satu naskhah yang anda harus tonton!

“Sinkhole” ialah filem bencana komedi sentimental yang mempunyai bahagian kepuasannya yang tersendiri. Berpangkalan di Seoul, ibu negara Korea Selatan, filem ini mengisahkan tentang segelintir orang yang terperangkap di blok kediaman, yang jatuh ke dalam lubang benam akibat hujan lebat, dan menceritakan kisah bagaimana mereka boleh bertahan.

Filem “Sinkhole” ini dibintangi Park Dong-won (Kim Sung-kyun) sebagai suami, Yeong-I (Kwon So-hyun) sebagai isteri kepada Park Dong-won, Jung Man-soo (Cha Seung-won) sebagai pemastautin merangkap pemandu dan pemilik gim, Kim Seung-hyun (Lee Kwang-soo) sebagai junior di pejabat Park Dong-won, Hong Eun-joo (Kim Hye-jun) sebagai rakan sepejabat, dan Jung Seung-tae (Nam Da-reum), anak lelaki Jung Man-soo.

filem sinkhole

Pada awal filem ini, Park Dong-wan (Kim Sung-kyun) berasa teruja dan puas setelah 11 tahun menyimpan wang, dia akhirnya dapat membeli sebuah apartmen tiga bilik tidur yang sesuai untuk keluarganya. Seluruh keluarga mereka amat teruja dengan apartmen baharu itu. Namun, masalah mula timbul apabila pada suatu hari, mainan guli anaknya bergolek ke arah tingkap dengan sendirinya apabila diletakkan di atas lantai yang rata. Mereka pada awalnya hairan, tetapi akhirnya menganggap bahawa ianya bukan satu masalah.

Pada suatu hari, Seung-hyeon (Lee Kwang-soo) dan Eun-ju (Kim Hye-ju) telah dijemput untuk melawat rumah baharu Park Dong-wan, bagi meraikan perpindahannya, tetapi malangnya sesuatu yang lain berlaku. Seluruh blok bangunan apartment itu telah tenggelam ratusan meter ke dalam lubang benam akibat hujan lebat pada malam tersebut. Mereka yang terperangkap di dalam bangunan itu terpaksa bertahan menunggu bantuan untuk terus hidup. Tetapi misi menyelamat bukanlah satu yang mudah, kerana tanah yang tidak stabil menyebabkan proses menyelamat adalah mustahil dari atas. Mereka yang terperangkap dalam lubang benam, mesti mencari jalan untuk kembali ke permukaan.

Terdapat banyak situasi yang berlaku apabila semua orang yang terperangkap di dalam lubang benam tersebut cuba untuk menyelamatkan diri. Elemen menarik dan menyentuh hati yang cuba ditonjolkan dalam filem ini, menjadi sebab ianya tidak bosan untuk ditonton.

[Amaran SPOILER]

filem sinkhole

Kasih sayang antara anak dan bapa

Dalam filem ini, penonton akan dapat lihat pengorbanan seorang bapa yang sanggup bermati-matian demi menyelamatkan anaknya yang terpisah ketika berada di bawah lubang benam itu. Kesungguhan Park Dong-wan untuk mencari anaknya selepas mengetahui bahawa anaknya juga terperangkap di bawah, adalah sangat menyentuh hati.

Selain itu, pada awal filem ini, hubungan antara Jung Man-soo dan anaknya Jung Seung-tae tidak begitu akrab. Walaubagaimanapun, ketika mereka semua berusaha untuk keluar dari lubang benam itu, Jung Man-soo sanggup untuk mati, demi menyelamatkan anaknya dan juga orang-orang di sekelilingnya. Dari situ, barulah anaknya dapat lihat bahawa ayahnya adalah seorang hero yang tidak ternilai.

filem sinkhole

Elemen kelakar

Walaupun filem ini cuba mengetengahkan tentang kerjasama, dan kasih sayang antara satu sama lain, serta juga menceritakan tentang bencana yang menimpa mereka namun, dialog yang dikeluarkan oleh setiap watak tidak dinafikan mampu menceriakan sedikit suasana ‘gelap’ dalam filem ini. Lebih-lebih lagi apabila Lee Kwang-soo turut terlibat dalam filem ini, ianya memang mampu bikin penonton terhibur semasa menonton.

Secara keseluruhan, anda mungkin suka atau tidak suka tentang pengakhiran filem ini. Tetapi sejujurnya ia telah memenuhi tujuan untuk menaikkan keseluruhan filem ini menjadi lebih daripada sekadar filem bencana. Perubahan emosi setiap watak dalam keadaan mereka yang terperangkap dalam lubang benam, menjadikan filem ini lebih seronok. Kesukaran membawa kemesraan, walaupun kepada orang yang tidak dikenali sebelum ini. Inilah yang membuatkan filem “Sinkhole” menarik untuk ditonton sehingga tamat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...