Ikuti Kami:

‘Reunion’ Sekali Lagi, Ahn Hyoseop & Kim Sejeong Akan Jadi Pengacara Di ‘SBS Drama Awards’

‘Reunion’ Sekali Lagi, Ahn Hyoseop & Kim Sejeong Akan Jadi Pengacara Di ‘SBS Drama Awards’

Selepas “Business Proposal”, Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong nampaknya kerap bekerjasama untuk pelbagai aktiviti.

Terbaru, Ahn Hyo-seop, Kim Se-jeong dan Shin Dong-yup telah disahkan akan menjadi pengacara di ‘2022 SBS Drama Awards’, yang akan berlangsung pada Disember ini.

Khususnya, ini merupakan kali keenam Shin Dong-yup mengacarakan majlis berkenaan dan juga reunion buat Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong dari drama popular SBS “Business Proposal”.

Untuk pengetahuan, ini adalah kerjasama ketiga Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong pada tahun ini, selepas mereka sama-sama jadi penyampai anugerah di “Melon Music Awards” dan projek iklan “Office Romance Recipe”.

Dalam pada itu, ‘2022 SBS Drama Awards’ akan diadakan pada 31 Disember ini.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...