Ikuti Kami:

[RESIPI] Tak Tahu Nak Masak Apa Raya Haji Nanti? Cuba Resepi Daging Bulgogi Kegemaran Orang Korea

[RESIPI] Tak Tahu Nak Masak Apa Raya Haji Nanti? Cuba Resepi Daging Bulgogi Kegemaran Orang Korea

Bulgogi bermaksud ‘daging api’, potongan nipis daging lembu diperap dalam sos yang manis kemudian dipanggang sehingga rangup keemasan di luar dan lembut di dalam.

Adalah penting untuk hiris nipis daging lembu dan masak dalam api yang sederhana tinggi untuk mengekalkan rasa dan juicy daging. Cara untuk masak daging bulgogi sangat senang, sediakan bahan dan hanya perlu sabar menunggu daging diperap sekurangnya 30 minit. Selain itu, bahan yang digunakan juga sangat senang didapati di mana-mana pasar raya.

bulgogi beef

Bahan perapan:

  1. 3 ulas bawang putih (cincang halus)

2. 1 sudu besar gula

3. 1/2 sudu makan lada hitam

4. 2 1/2 sudu besar kicap pekat

5. 1 sudu besar sos tiram

Bahan utama:

1. 300g-500g daging lembu

2. 1 sudu besar minyak masak

3. 1 sudu besar minyak bijan

4. 1/2 bawang holland (hiris nipis)

5. 1 tangkai daun bawang (hiris nipis)

Cara masak:

1. Kisar kesemua bahan perapan sehingga halus

2. Daging yang dihiris nipis dicampur dengan bahan perapan dan juga bawang holland, perap sekurangnya 30 minit. Lagi lama perap lagi sedap!

daging yang diperap

3. Selesai perap daging, panaskan minyak masak dengan api yang sederhana dan masukkan daging yang telah diperap

4. Seterusnya, masukkan minyak bijan

5. Akhir sekali boleh tabur daun bawang

daging bulgogi

Hidangan ini sedap dimakan bersama nasi putih panas! Sangat sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia. Tambahan kalau suka pedas, korang boleh panggang daging bersama dengan cili api.

Senang je kan nak masak daging bulgogi. Selamat mencuba!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...