Ikuti Kami:

[RESIPI] Ingin Rasai Masakan Auntentik Korea? Jom Masak Sundubu Jjigae Di Rumah!

[RESIPI] Ingin Rasai Masakan Auntentik Korea? Jom Masak Sundubu Jjigae Di Rumah!

Umum mengetahui bahawa negara Korea sangat kaya dengan makanan tradisional dan  moden yang menarik. Malah, makanan Korea sangat terkenal di seluruh dunia terutama di negara kita.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan resepi sundubu jjigae iaitu makanan tradisional Korea yang menggunakan tofu lembut sebagai bahan utama. Dengan hanya menggunakan beberapa bahan, korang boleh masak sup tofu lembut dalam masa lebih kurang 15 minit sahaja.

Sundubu jjigae ialah resepi tofu lembut yang dimasak bersama protein lain seperti udang atau daging dengan kuah pedas dan berperisa. Ianya sangat bagus kerana makanan ini kurang karbohidrat dan kaya dengan protien. Sup tofu lembut ini membantu melawan keletihan, menaikkan tenaga badan, dan memulihkan selera makan.

Hidangan kegemaran orang Korea ini juga sangat sesuai untuk korang yang sedang merancang untuk menurunkan berat badan. Tambahan, sundubu jjigae sangat senang dimasak serta bahan-bahannya juga mudah untuk didapati di mana-mana pasaraya.  

Bahan-bahan untuk sundubu jjigae:

  • Tofu
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Minyak cili
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar kicap
  • 1/2 sudu besar  gula
  • Separuh gelas air putih

Bahan potong:

  • Daging lembu
  • Udang
  • Cendawan (ikut citarasa masing-masing)
  • 1/4 bawang holland
  • 2 ulas daun bawang

Cara memasak sundubu jjigae:

  1. Langkah pertama, potong kesemua bahan mengikut saiz yang korang suka.

2. Panaskan periuk dengan api yang sederhana kemudian masukkan minyak bijan dan tumis bawang holland, bawang putih serta bahagian bawah daun bawang sehingga kekuningan.

3. Masukkan serbuk cili, kicap dan gula. Boleh gaul selama satu minit.

4. Selepas itu, masukkan daging dan kacau sebati sehingga separuh masak.

5. Masukkan air dan semua jenis cendawan serta tofu lembut dan udang.

6. Rasa dan tambah apa-apa perasa yang korang suka.

7. Hias sundubu jjigae dengan hirisan daun bawang dan cili untuk tambah kepedasan.

Sundubu jjigae sangat sesuai dimakan ketika cuaca sejuk terutamanya semasa hujan. Ianya sedap dinikmati semasa masih panas.

Kalau korang nak lagi faham, nah ini video penuh masak sundubu jjigae.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...