Ikuti Kami:

Rekod Awal Kalahkan ‘Lies Hidden In My Garden’, Episod Perdana ‘Not Others’ Raih Pujian

Rekod Awal Kalahkan ‘Lies Hidden In My Garden’, Episod Perdana ‘Not Others’ Raih Pujian

Peminat drama kekeluargaan, korang wajib tonton “Not Others” yang sudah memulakan tayangan di ENA kini.

Drama bersiri ini membawa kisah seorang ibu tidak bertindak balas dan anak ‘cool’ yang tinggal serumah, namun berlagak seperti tidak mempunyai hubungan satu sama lain. Antara teraju utamanya ialah Choi Soo-young, Jeon Hye-jin, Park Sung-hoon dan Ahn Jae-wook.

Dalam episod pertama ini, penonton menelusuri kehidupan Kim Jin-hee (Sooyoung), seorang ketua pasukan polis peronda di kawasan perumahannya. Dia sering berlaga dengan ibunya, Kim Eun-mi (Jeon Hye-jin) yang mempunyai semangat yang bebas dan sering berparti bagi mengganti semula masa muda yang dihabiskan membesarkan anaknya. Pun begitu, mereka sentiasa bergantung antara satu sama lain dalam kehidupan seharian.

not others

Dalam dua episod awal ini, “Not Others” meraih rating yang agak baik iaitu 1.2% dan 1.6% di mana ia berjaya mengalahkan rekod episod awal (1.195%) “Lies Hidden In My Garden” yang ditayangkan dalam slot sama sebelum ini.

Menurut penonton, tayangan perdana siri ini berjaya menyentuh hati mereka mengenai kisah ibu muda yang berubah hidup dari liar ke bertanggungjawab demi anaknya. Malah mereka turut memuji elemen kelakar mengenai hubungan anak-beranak yang tak ‘sebulu’ ini.

Korang dah tengok ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...