Ikuti Kami:

Kisah Ibu & Anak, Choi Sooyoung, Park Sunghoon & Ramai Lagi Sah Terajui ‘Nam Nam’

Kisah Ibu & Anak, Choi Sooyoung, Park Sunghoon & Ramai Lagi Sah Terajui ‘Nam Nam’

Siap sedia untuk tonton drama baru yang bakal dibarisi ramai pelakon hebat!

Terbaru pada 9 Mac, pasukan produksi telah mengumumkan Jeon Hye-jin, Choi Soo-young, Ahn Jae-wook dan Park Sung-hoon akan membintangi drama “Nam Nam”.

Untuk pengetahuan, “Nam Nam” membawa kisah seorang ibu tidak bertindak balas dan anak ‘cool’ yang tinggal serumah, namun berlagak seperti tidak mempunyai hubunngan satu sama lain.

Dalam drama ini, Jeon Hye-jin akan membawa watak ibu tunggal dengan anak perempuan yang berumur 29 tahun. Kemudian Choi Soo-young mengambil watak Jin-hee, ketua pasukan peronda polis dan bakal menunjukkan ‘chemistry’ ibu-anak bersama Jeon Hye-jin, dengan sinergi terbaik.

drama nam nam

Seterusnya, watak Ahn Jae-wook dan Park Sung-hoon dijangka akan menambah keseronokan percintaan dalam cerita yang berpusat pada hubungan ibu-anak antara Jeon Hye-jin dan Choi Soo-young.

Nantikan drama “Nam Nam” yang telah dijadualkan untuk tayang pada separuh kedua tahun ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...