Ikuti Kami:

Lepas ‘The Glory’, Park Sunghoon Terajui ‘Nam Nam’ Bersama Sooyoung

Lepas ‘The Glory’, Park Sunghoon Terajui ‘Nam Nam’ Bersama Sooyoung

Rata-rata pelakon yang menerajui “The Glory” nampaknya menemui kejayaan yang membanggakan selepas siri itu meniti di bibir semua.

Terbaru, Park Sung-hoon memuat naik sebuah foto di Instagram miliknya dengan sebuah buku skrip untuk drama “Nam Nam” sekaligus mengesahkan bahawa dia bakal menerajui siri itu.

Dalam entri yang sama, pelakon lelaki itu turut menyertakan tag nama Choi Soo-young yang turut dikhabarkan akan menerajui drama yang sama.

Untuk pengetahuan, “Nam Nam” membawa kisah seorang ibu tidak bertindak balas dan anak ‘cool’ yang tinggal serumah namun berlagak seperti tidak mempunyai hubunngan satu sama lain.

Nantikan “Nam Nam” okay!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...