Ikuti Kami:

Rating ‘Wonderful World’ Tinggi, Meski Babak Sikit Tapi Nama Cha Eunwoo Jadi Sebutan Dek Hal Ini

Rating ‘Wonderful World’ Tinggi, Meski Babak Sikit Tapi Nama Cha Eunwoo Jadi Sebutan Dek Hal Ini

Selepas “A Good Day To Be A Dog”, Cha Eun-woo kembali dengan sebuah drama baru “Wonderful World”.

Ia membawa kisah tentang perjalanan seorang wanita bernama Eun Soo-hyeon (Kim Nam-joo) yang ingin mencari kebenaran di sebalik kes pembunuhan anak lelakinya. Dalam drama ini, Cha Eun-woo akan memegang watak sebagai Kwon Seon-yul. Seorang lelaki misteri dari keluarga berpengaruh yang lebih memilih untuk menjalani kehidupan sebagai orang susah.

Ternyata dinantikan ramai, naskhah ini berjaya meraih rating sebanyak 5.3% untuk episod pertama dan menaik ke 6.1% untuk tayangan seterusnya. Pun begitu, ada yang meluahkan rasa sedih memandangkan babak Cha Eun-woo terlalu sedikit untuk dua tayangan awal ini.

wonderful world

Dalam episod ini, mereka menceritakan mengenai bagaimana Eun Soo-hyeon dituduh membunuh hingga dipenjarakan dan bagaimana ianya memberikan kesan ke atas hubungan bersama suaminya, Kang Soo-ho (Kim Kang-woo). Manakala hanya sedikit sahaja pengenalan mengenai watak Kwon Seon-yul.

Tak mungkin kerana pengaruh Cha Eun-woo yang kuat, babaknya yang sedikit pun berjaya menjadi bahan bualan ramai. Antaranya ialah babak di mana dia menjamah Jjajangmyeon (mi kacang hitam) dan ladu dengan rakus. Bahkan klip itu menerima ribuan tontonan di laman komuniti dan ramai memuat naik gambar mereka membeli dua makanan tersebut kerana terpengaruh dengannya.

Bahkan ada yang menamakan Jjajangmyeon ke ‘Cha-jangmyeon’ bagi membuktikan pengaruh kuat Cha Eun-woo disebabkan oleh babak itu.

Korang dah layan ke drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...