Menjadi lumrah drama bermusim, sudah pastinya akan ada yang bandingkan antara keduanya kan?
Meskipun mungkin mengganggu konsentrasi penonton setia mahupun perkembangan plotnya, namun “Tale Of The Nine Tailed” berani mengambil risiko itu apabila mengubah pelakon wanita utamanya dari Jo Bo-ah ke Kim So-yeon bagi menghidupkan plot untuk musim terbaru ini.
Walaupun ada suara kurang enak mengenai pertukaran pelakon pada awalnya selain ada yang mengatakan Kim So-yeon tidak sesuai bergandingan dengan Lee Dong-wook namun tohmahan itu terbukti salah apabila penonton menyukai watak Ryu Hong-joo yang ‘cool’ dan tidak menyembunyikan perasaannya langsung.
Bahkan gandingan bagi kutub utara dan kutub selatan antara Ryu Hong-joo dan Lee Yeon memaparkan keserasian terbaik selain mampu membuatkan penonton teruja dengan gabungan dan pakatan kedua watak berbeza perangai namun mempunyai misi yang sama.
Bahkan musim kedua ini berjaya meraih rating tertingi 7.2% setakat ini sekaligus berjaya membenamkan rekod terbaik musim pertama iaitu 5.8% sahaja. Malah “tale Of The Nine Tailed 1938” berjaya berdiri teguh meskipun perlu bersaing dengan pelbagai drama hebat seperti “Dr Romantic 3” dan “Doctor Cha”.
Apa kata korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉