Ikuti Kami:

Meski Dikritik Awalnya, Lakonan Kim Soyeon Dalam ‘Tale Of The Nine Tailed 1938’ Raih Pujian

Meski Dikritik Awalnya, Lakonan Kim Soyeon Dalam ‘Tale Of The Nine Tailed 1938’ Raih Pujian

Sepertinya musim kedua “Tale Of the Nine Tailed” berjaya mendapat perhatian ramai selepas dua episod tayangan kini.

Dalam epsiod awal ini, bekas ‘Tuhan Pergunungan Barat’ Ryu Hong-joo (Kim So-yeon) yang sudah beribu tahun memerhatikan Lee Yeon akhirnya bertemu dengan lelaki itu. Wanita itu yang mampu mengalahkan lawan dengan mudah berusaha untuk memenangi hati Lee Yeon meskipun dia asyik ditolak.

Membawa watak elegan namun garang, lakonan Kim So-yeon sebagai Ryu Hong-joo dibanjiri pujian ramai. Tambahan pula, ada suara kurang enak yang membantah pemilihan pelakon wanita itu pada awalnya lantas persembahan yang ditunjukkan ini melawan persepsi ramai.

kim soyeon

Kata mereka,

Lakonannya sangat baik.

 

Dia yang menyelamatkan drama ini.

 

Comelnya Kim So-yeon.

 

Dia sesuai dengan watak itu.

 

Dia cantik dan sangat pandai berlakon.

Untuk pengetahuan, “Tale Of The Nine Tailed 1938” membawa kisah Lee Yeon yang tercampak ke tahun 1938 di mana dia mengalami kesukaran untuk kembali ke dunia nyata di mana orang yang berharga buatnya sedang menanti.

Sesuai kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...