Ikuti Kami:

“Lee Dongwook Lalui Kesukaran..” – Pengarah Perjelas Plot Musim Kedua ‘Tale Of The Nine Tailed’

“Lee Dongwook Lalui Kesukaran..” – Pengarah Perjelas Plot Musim Kedua ‘Tale Of The Nine Tailed’

Makin tak sabar menanti tayangan “Tale Of The Nine Tailed 1938”?

Musim lalu, ianya membawa kisah gumiho (rubah berekor sembilan) lelaki iaitu Yi Yeon di era moden. Walaupun menemui kebahagiaan bersama Nam Ji-ah (Jo Bo-ah) namun lelaki itu melalui insiden tak dijangka dan ditarik semula ke tahun 1938 untuk musim kedua ini. Siri terbaru ini akan memaparkan kesukaran Yi Yeon untuk kembali ke dunia nyata di mana orang yang berharga buatnya sedang menanti.

Menurut pengarah Kang Shin-hyo, mereka memilih untuk menghasilkan musim kedua ini kerana berasa sedih untuk melepaskan watak yang dibina dengan baik dalam musim lalu.

tale of the nine tailed 1938

Kongsinya lagi,

Kali ini, kami ingin menyaksikan perkembangan Yi Yeon sebagai tuhan gunung. Disebabkan itu, kami memilih untuk menghantarnya ke masa lalu di mana dia tidak mengendahkan tugasannya itu meskipun ramai yang memerlukan bantuan. Dalam banyak-banyak era, zaman itu adalah waktu di mana Yi Yeon paling berhutang sekali.

Dalam pada itu, Yi Yeon akan cuba melawan tahun 1938 di mana dia akan bertarung nyawa untuk kembali ke pangkuan Nam Ji-ah di masa hadapan. Dalam perjalanan itu, dia mula tersedar hutangnya dan kembali semula selepas membayar semula pada Joseon dan watak disekelilingnya.

tale of the nine tailed 1938

Tambah lelaki itu lagi,

Lebih ramai tuhan gunung, tuhan asli dan gergasi asing yang merosakkan tanah akan muncul. Kami akan memaparkan lebih banyak aksi dan kisah pelbagai.

Tak sabarnya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...