Ikuti Kami:

Kisah Fantasi Lee Dongwook Bersambung, ‘Tale Of Nine Tailed 1938’ Umum Tarikh Tayangan

Kisah Fantasi Lee Dongwook Bersambung, ‘Tale Of Nine Tailed 1938’ Umum Tarikh Tayangan

Akhirnya kesinambungan “Tale Of The Nine Tailed” bakal menemui penonton tak lama lagi.

Terbaru, tvN berkongsi poster untuk “Tale Of The Nine Tailed 1938” yang diumumkan bakal memulakan siaran pada 6 Mei nanti.

“Tale Of The Nine Tailed 1938” akan diterajui oleh kisah Lee Yeon, seorang rubah berekor sembilan yang mendarat semula di era kekalutan pada tahun 1938. Berdasarkan dunia pelbagai Tuhan dan hantu, ianya dijangka akan membawa aksi lebih dinamik dan karakter berwarna yang berlainan keseronokan daripada musim pertama.

Dalam kesinambungan ini, ianya akan diterajui Lee Dong-wook, Kim Bum, Kim So-yeon dan Ryu Kyung-soo.

tale of the nine tailed

Komen pihak produksi,

Apabila kisah berubah, skala penceritaan sambungan ini dan karakter yang lebih berwarna akan membawa keseronokan. Kami akan memaparkan intipati K-Drama fantasi aksi.

Dalam pada itu, “Tale Of The Nine Tailed” akan memulakan siaran selepas “Pandora: Beneath The Paradise”.

Yes!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...