Ikuti Kami:

Rating ‘The Killer’s Shopping List’ Kejap Menurun & Menaik

Rating ‘The Killer’s Shopping List’ Kejap Menurun & Menaik

Selepas 4 tahun menanti, sudah pasti ramai yang seronok apabila Lee Kwang-soo kembali dengan sebuah drama baru.

“The Killer’s Shopping List” membawa kisah yang berlaku apabila satu mayat misteri dijumpai berdekatan sebuah flat di pinggiran Seoul. Kisah misteri dan komedi bermula itu dengan sekeping resit pasar raya sebagai satu-satunya bukti kepada insiden itu.

Meskipun memaparkan plot yang mendebarkan dan dibarisi pelakon hebat seperti Lee Kwang-soo, Jin Hee-kyung dan Seolhyun, sepertinya drama itu tidak mampu untuk meraih rating baik.

tvn the killer's shopping list

Bermula dengan 3.625%, rating drama itu terus menunjukkan penurunan konsisten sehingga episod ke-5 dengan catatan 2.253% sahaja iaitu catatan terendah setakat ini. Bagaimanapun, episod ke-6 iaitu yang terbaru menunjukkan peningkatan kepada 3.2%.

Kata penonton, “The Killer’s Shopping List” ialah satu premis yang menarik namun ada kala terdapat babak yang menyelitkan babak kelakar janggal bagi membuatkan drama itu lebih menarik.

tvn the killer's shopping list

Tinggal lagi 2 episod, penonton ternanti-nanti apakah kisah sebenar yang akan tersingkap di sebalik ‘choco pie’ itu.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...