Ikuti Kami:

Gabungan Misteri & Komedi, Episod Awal ‘The Killer’s Shopping List’ Raih Rating Baik

Gabungan Misteri & Komedi, Episod Awal ‘The Killer’s Shopping List’ Raih Rating Baik

Setelah sekian lama menanti, akhirnya “The Killer’s Shopping List” lakonan Lee Kwang-soo sudah pun menemui penonton kelmarin.

Sinopsis

“The Killer’s Shopping List” membawa kisah yang berlaku apabila satu mayat misteri dijumpai berdekatan sebuah flat di pinggiran Seoul. Kisah misteri dan komedi bermula itu dengan sekeping resit pasar raya sebagai satu-satunya bukti kepada insiden itu.

Misteri berulang

[Amaran SPOILER]

Dae-sung (Lee Kwang-soo) merupakan seorang yang genius kerana mempunyai daya ingatan yang kuat. Bahkan dia mampu menangkap seorang penipu di pasaraya milik ibunya hasil daripada kebolehannya itu pada tahun 1996. Walau bagaimanapun, penjenayah itu sepertinya kelihatan berdendam dengan keluarganya sejak kejadian itu.

tvn the killer's shopping list

Meningkat dewasa, lelaki tersebut mempunyai masa depan yang kelam kerana gagal melepas ujian peperiksaan awam malah kekasihnya, A-hee (Seolhyun) juga terpaksa memutuskan hubungan mereka yang sudah menginjak usia 20 tahun kerana ayahnya yang tidak merestui.

Cuba mencari wang dengan bekerja di pasaraya ibunya, Dae-sung sekali lagi berdepan dengan penjenayah yang sama apabila menerima nota ‘Aku Kembali’ di satu bungkusan kek coklat.

Pada suatu hari, seorang gadis telah meninggalkan sebelah seliparnya untuk Dae-sung dan kerana daya ingatannya yang kuat, dia mengingati pemilik sebenar selipar itu yang merupakan pelanggan tetap pasaraya tersebut namun sudah lama mendiamkan diri.

Ketika menjejakinya, lelaki itu tanpa sengaja terjumpa dengan seorang lelaki tua yang mencurigakan dan tanpa sengaja terjumpa mayat gadis itu dengan memakai sebelah lagi selipar yang sama ketika sedang bergelut.

tvn the killer's shopping list

Misteri kan?

Rating baik

Memandangkan naskhah ini merupakan drama pertama Lee Kwang-soo selepas 4 tahun, sudah pasti ramai yang menantikannya. Untuk dua episod awal ini, “The Killer’s Shopping List” bermula dengan baik apabila berjaya mencatatkan rating sebanyak 3.6% untuk episod pertama dna jatuh sedikit ke 3.5% untuk episod kedua.

Menurut penonton, mereka menyukai drama ini kerana gabungan misteri dan komedi yang seimbang lantas rata-ratanya tidak sabar menantikan episod akan datang.

Korang dah tonton belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...