Ikuti Kami:

Rating ‘Running Man’ Kembali Menurun, Tapi Kenapa?

Rating ‘Running Man’ Kembali Menurun, Tapi Kenapa?

Bukan senang nak kekalkan kepopularitian sesuatu rancangan hiburan yang sudah berlangsung selama berbelas tahun.

Ketika tayangan episod baru “Running Man”, peminat disajikan dengan gabungan tetamu hebat iaitu Kang Ha-neul dan Jung So-min yang hadir bagi mempromosikan filem “30 Days”.

Di dalam episod itu, mereka bermain pelbagai permainan menyeronokkan seperti memukul bantal dengan tepung, merentas halangan dan misi secara berpasangan.

running man

Meskipun menampilkan pelakon hebat yang jarang muncul dalam rancangan hiburan, namun ianya gagal meraih perhatian penonton dek catatan rating yang menurun ke 3% sahaja. Ini satu rekod yang kurang baik berbanding catatan sebelum ini yang duduk stabil dalam lingkungan 4%.

Dalam pada itu, ramai yang menebak bahawa penurunan rating itu berlaku kerana ia ditayangkan sama slot dengan ‘Sukan Asia Hangzhou 2023’.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...