Tak semua perkara harus dikembalikan semula, termasuklah program “Strong Heart” yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Menurut laporan, program “Strong Heart League” yang dihoskan Lee Seung-gi dan Kang Ho-dong bakal menamatkan tayangan pada bulan ini. Selepas 12 episos bersiaran, program berkenaan akan menyiarkan episod terakhir pada 15 Ogos akan datang.
Pada awalnya menerima perhatian ramai kerana menggabungkan bekas hos “Strong Heart” yang mempunyai reputasi hebat pada 2009 namun rancangan kesinambungan tersebut hanya mampu meraih rating dalam lingkungan 2% sahaja sehingga kini.
Selepas ianya tamat, rancangan pilot “Disarming” mengenai orang ramai berkongsi cerita peribadi dan bersembang secara jujur semasa mereka pulang dari kerja akan bersiaran dengan Jeon Hyun-moo dan Jeon Do-yeon sebagai hos.
Kenapa agaknya ia tak menjadi?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.