Ikuti Kami:

Lee Seunggi & Kang Hodong Bakal Jadi Pengacara Dalam ‘Strong Heart League’ Mei Ini

Lee Seunggi & Kang Hodong Bakal Jadi Pengacara Dalam ‘Strong Heart League’ Mei Ini

Dah lama kita tak nampak Lee Seung-gi jadi pengacara kan?

Terkini, salah seorang pegawai dari SBS mengumumkan bahawa Lee Seung-gi dan Kang Ho-dong akan bertemu semula dalam sebuah rancangan berjudul “Strong Heart League” yang bakal disiarkan pada bulan Mei ini.

Pada masa ini, kami sedang bersiap sedia untuk sebuah rancangan hiburan bertajuk ‘Strong Heart League’ bersama Kang Ho-dong dan Lee Seung-gi dan ianya akan disiarkan buat kali pertama pada bulan Mei ini.

strong heart league

Untuk maklumat, “Strong Heart League” merupakan rancangan bual bicara kumpulan yang pernah disiarkan pada tahun 2009 hingga 2013. Rancangan ini berformatkan pengacara berinteraksi dengan penonton dan mereka akan membuat pilihan terakhir melalui undian dari penonton.

Sedikit info, Kang Ho-dong dan Lee Seung-gi pernah menjadi pengacara untuk program tersebut sebelum ini namun menarik diri atas sebab tertentu. Kemudian, mereka berdua digantikan dengan Shin Dong-yup dan Lee Dong-wook.

Korang jangan lupa saksikan rancangan ini pada bulan Mei nanti okay!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...