Utama Celebrity News Meski Rapat, Kang Hodong Enggan Jadi Pengacara Di Majlis Kahwin Lee Seunggi...

Meski Rapat, Kang Hodong Enggan Jadi Pengacara Di Majlis Kahwin Lee Seunggi Atas Sebab Ini

lee seunggi kang hodong

Tak lama lagi, pasangan Lee Seung-gi dan Lee Da-in akan mengikat tali perkahwinan bersama.

Sebelum ini, Yoo Jae-suk dan Lee Soo-geun telah diumumkan akan menjadi pengacara pada bahagian pertama dan bahagian kedua majlis perkahwinan Lee Seung-gi dan Lee Da-in pada 7 April nanti.

Terbaru, pelakon Son Ji-chang iaitu seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan ibu kepada Lee Da-in iaitu Kyeon Mi-ri, telah berkongsi dalam program “Mudong’ House” sedikit sebanyak mengenai persiapan Lee Seung-gi dan Lee Da-in menjelang hari perkahwinan mereka,

Lee Seung-gi dan Lee Da-in sedak sibuk dengan kerja dan pelbagai perkara untuk perkahwinan mereka. Ramai orang membantu pasangan itu untuk mempunyai kenangan yang menggembirakan.

lee seunggi kang hodong

Jelas pelakon veteran itu lagi,

Malah, Lee Seung-gi ada meminta Kang Ho-dong yang dia percaya menerusi ‘2 Days 1 Night’ untuk mengacarakan majlis itu, tetapi dia menolak kerana ia terasa janggal buatnya dan memutuskan untuk mengucapkan ucapan tahniah dengan caranya tersendiri.

Sama-sama kita nantikan kemeriahan majlis perkahwinan Lee Seung-gi dan Lee Da-in pada 7 April tak lama lagi!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERWikitree
Loading...