Ikuti Kami:

Rating ‘Reborn Rich’ Menurun Selepas Babak Lee Sungmin Berkurangan, Apa Yang Berlaku?

Rating ‘Reborn Rich’ Menurun Selepas Babak Lee Sungmin Berkurangan, Apa Yang Berlaku?

Nampaknya, ramai penonton yang menantikan babak Lee Sung-min dalam drama “Reborn Rich”.

Terbaru, rating “Reborn Rich” dilihat jatuh selepas tayangan episod ke-9. Ketika episod 8, drama tersebut berjaya mencatatkan rating 19.4% dan ramai yang menganggap bahawa ia dengan mudah akan melepasi 20%.

Bagaimanapun, rating drama tersebut nampaknya menurun kepada 16.9% pada episod 9. Apa yang berlaku?

Meskipun puncanya tidak diketahui, ada yang menganggap bahawa disebabkan watak Lee Sung-min sebagai pengerusi Jin Yang-chul dalam episod 9 terlampau sikit, adalah penyebab rating drama ini menurun.

Khususnya watak Lee Sung-min memang tidak dinafikan memberi impak hebat kepada “Reborn Rich”, dek berjaya menggambarkan cerita keluarga chaebol dalam kehidupan sebenar. Watak pengerusi Jin Yang-chul juga dipercayai mampu menambah warna dan ‘perisa’ dalam plot drama.

jtbc reborn rich

Bagaimanapun dalam episod 9, watak Kim Shin-rok iaitu sebagai Jin Hwa-young telah muncul, dan babak Lee Sung-min dilihat semakin berkurangan.

Nampaknya, adegan konfrontasi antara Jin Do-joon (Song Joong-ki) dengan CEO Jin Hwa-young, dan babak hubungan cinta bersama Seo Min-young (Shin Hyun-bin), tidak begitu membantu dalam rating serta pembangunan plot drama.

Hmm..korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...