Ikuti Kami:

Rating No 1, Uhm Junghwa Menangis Lihat Sokongan Buat ‘Doctor Cha’

Rating No 1, Uhm Junghwa Menangis Lihat Sokongan Buat ‘Doctor Cha’

Tipulah kalau ada yang tak menonton drama “Doctor Cha” yang bersiaran di JTBC dan Netflix kini.

Untuk pengetahuan, drama itu membawa kisah seorang suri rumah yang sudah 20 tahun berhenti bekerja kembali menjadi doktor residen bagi mengejar impiannya.

Meskipun bermula biasa dengan catatan rating sebanyak 4.9% namun drama itu menunjukkan prestasi yang mengagumkan apabila berjaya meraih rating dua angka dalam 4 episod sahaja. Malah episod ke-8 “Doctor Cha” sudah pun menjangkau rekod 16.2% kini dan dijangka akan menaik lagi pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, siri itu turut menduduki tangga pertama dalam slot tayangannya.

Melihatkan sokongan padu penonton, Uhm Jung-hwa telah memuat naik ucapan kesyukuran di Instagram miliknya,

Kalau korang memberi sokongan padu buat ‘Doctor Cha’ sebegini, saya akan menangis. Terima kasih. Saya tak berahsia bahawa episod hari ini adalah lebih menyeronokkan.

Dalam pada itu, episod ke-8 “Doctor Cha” berjaya menembusi rekod ke-5 rating terbaik di JTBC setakat ini.

Memang layak popular!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...