Ikuti Kami:

Rating Menurun, Ramai Kecewa Lihat Arah Plot Menjelang Episod Akhir ‘Extraordinary Attorney Woo’

Rating Menurun, Ramai Kecewa Lihat Arah Plot Menjelang Episod Akhir ‘Extraordinary Attorney Woo’

Sepertinya ramai yang kurang berpuas hati dengan perkembangan plot “Extraordinary Attorney Woo” yang menghampiri episod akhir.

Bakal menyiarkan episod akhir malam ini, drama popular berkenaan bagaimanapun menerima respon bercampur-baur semasa tayangan kelmarin.

Walaupun kekal No 1 dalam slot tayangan berkenaan, namun “Extraordinary Attorney Woo” mencatatkan penurunan rating kepada 13.8% daripada 14.6% pada episod sebelumnya.

Antara sebab penonton sepertinya berpaling tadah, adalah kerana plotnya yang semakin serabut kini. Semuanya berlaku selepas keluarga Hanbada pulang dari percutian Jeju di mana Jang Myung-seok disahkan menghidapi kanser perut tahap ketiga dan posisinya digantikan oleh Jang Seung-jun iaitu peguam yang mementingkan diri sendiri.

ena extraordinary attorney woo

Malah cinta Lee Jun-ho dan Woo Young-woo yang putus di tengah jalan sepertinya tiada harapan untuk pulih apabila wanita itu bertegas mengatakan bahawa dia tidak mampu membahagiakan bekas kekasihnya itu.

Bukan itu sahaja, ada yang mempersoalkan sebab Choi Soo-yeon secara tiba-tiba menyukai Kwon Min-woo walaupun lelaki tersebut acap kali memaparkan sikap pentingkan diri lantas kurang bersesuaian dengan wanita berkenaan yang baik.

ena extraordinary attorney woo

Komen penonton, “Ia membuatkan semua geram” dan ” Sepertinya kita akan disajikan dengan ending sedih.”

Dalam pada itu, ada yang menyatakan penghujung “Extraordinary Attorney Woo” ditulis seperti ini bagi memberikan lebih banyak peluang untuk perkembangan jalan cerita untuk musim keduanya nanti.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...