Ikuti Kami:

‘Extraordinary Attorney Woo’ Sah Akan Kembali Dengan Musim Kedua

‘Extraordinary Attorney Woo’ Sah Akan Kembali Dengan Musim Kedua

Ada berita gembira buat semua penonton setia drama “Extraordinary Attorney Woo”!

Pada 17 Ogos, Lee Sang-Baek Ketua Pegawai Eksekutif Acetory iaitu syarikat produksi untuk “Extraordinary Attorney Woo”, telah mengesahkan bahawa drama tersebut akan kembali dengan musim kedua.

Terima kasih kepada sokongan ramai orang, kami akan menghasilkan musim 2 ‘Extraordinary Attorney Woo’.

Jelasnya lagi,

Kami berharap untuk menyiarkan musim kedua pada tahun 2024. Bagaimanapun, proses pelarasan jadual semua pelakon dan kru akan menjadi cabaran yang ketara. Kami merancang untuk meneruskan musim 2 tanpa sebarang pertukaran ahli pelakon, atau sebarang perubahan kepada kakitangan produksi.

extraordinary attorney woo 2

Kemudian, pihak produksi merancang untuk terus meningkatkan minat penonton dalam “Extraordinary Attorney Woo”, melalui pengeluaran pelbagai kandungan menggunakan IP K-Drama, seperti webtoon dan muzikal yang telah disahkan dalam produksi, dan barangan.

Dah tak sabar la nak tunggu 2024 camni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...