Ikuti Kami:

Ada Perpisahan & Penyakit, ‘Extraordinary Attorney Woo’ Bakal Saji Ending Sedih?

Ada Perpisahan & Penyakit, ‘Extraordinary Attorney Woo’ Bakal Saji Ending Sedih?

Menghiburkan penonton selama 14 episod kini, ramai yang berasa dikhianati kerana sepertinya “Extraordinary Attorney Woo” akan berakhir sedih.

Pertama sekali, ada yang menebak ‘pasangan ikan paus’ iaitu Lee Jun-ho dan Woo Young-woo akan berpisah akhirnya. Ini berikutan pertemuan antara lelaki itu dan kakaknya yang menunjukkan tanggapan buruk terhadah hubungan bersama Woo Young-woo.

Kata kakaknya,

Budak apa yang awak jaga ni? Rumah kita bukannya susah sangat sampai tak jumpa tandas? Saya tak suka awak dalam hubungan yang menyusahkan. Bawa wanita yang awak cintai bukannya seseorang yang perlu dijaga.

ena extraordinary attorney woo

Siapa sangka kata-kata kakak Lee Jun-ho itu didengari Woo Young-woo yang baru sahaja jeluar dari tandas. Malah dari trailer yang diriliskan selepas itu, wanita itu sepertinya memilih untuk berpisah dengan kekasihnya kerana beranggapan dia tidak boleh membahagiakannya.

Bahkan semakin merunsingkan apabila Jung Myung-seok menunjukkan kesihatan yang meneruk apabila dia pengsan ketika dalam perbicaraan. Tak cukup dengan itu, penonton semakin tersentuh selepas mengetahui lelaki tersebut menjalani kehidupan yang sukar selepas ditinggalkan isteri.

ena extraordinary attorney woo

Kata penonton,

Ia merupakan drama penyembuhan terbaik hidup saya tapi saya tak mahu ending sedih. Tolong bahagiakan pasangan ikan paus kami.

Jangan eh, boleh ajak gaduh macam ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...