Ikuti Kami:

Joo Hyunyoung Jadi Duta Bagi 13 Iklan Dek Populariti ‘Extraordinary Attorney Woo’

Joo Hyunyoung Jadi Duta Bagi 13 Iklan Dek Populariti ‘Extraordinary Attorney Woo’

Tidak dinafikan bahawa “Extraordinary Attorney Woo” merupakan tangkal tuah buat beberapa pelakon, terutamanya Joo Hyun-young.

Membawa watak rakan baik Woo Young-woo yang unik dan baik hati, pelakon tersebut terus menjadi sebutan ramai dan kualiti lakonan yang menyentuh hati. Malah dia merupakan antara pelakon trending kini apabila berjaya merebut 13 iklan sahaja untuknya.

Menurut wakil penyiaran, Joo Hyun-young tidak dapat menyertai percutian para pelakon “Extraordinary Attorney Woo” ke Bali kerana sibuk dengan penggambaran drama “Call My Agent!” selain filem “2 O’Clock Date”. Bahkan wanita tersebut perlu menyelitkan rakaman untuk kesemua iklan itu juga di dalam jadual yang sedia padat ini.

joo hyunyoung

Kata wakil penyiaran mengenai hal ini,

Joo Hyun-young berjaya meningkatkan keintiman dan talian bersama penonton sebagai wartawan pelatih di ‘Saturday Night Live’. Bukan itu sahaja, saya sangat gembira mendengar dia sangat bagus dalam pekerjaan utamanya kerana menerima respon positif sebagai Dong Geurami dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’.

Ulas wakil produksi pengiklanan pula,

Pemasaran bintang sentiasa menjadi bahagian yang paling penting dalam industri pengiklanan. Terbaru, terdapat banyak tawaran bagi sesiapa yang menerima respon baik dari penonton generasi MZ dan netizen yang mempunyai pengaruh trend dan kuasa pembelian. Joo Hyun-young ialah salah seorang dari mereka.

Beruntung Joo Hyun-young!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...