Dibarisi pelakon hebat, sudah pasti “Melancholia” menjadi sebutan ramai sejak sebelum ia ditayangkan lagi.
Walaupun terpalit kontroversi kerana plot hubungan pelajar dan guru, namun naskhah itu terus menyapa penonton seperti biasa pada saban minggu.
Selepas 4 episod tayangan, “Melancholia” yang diterajui Im Soo-jung dan Lee Do-hyun menunjukkan penurunan rating yang ketara berbanding rekod episod pertamanya. Bermula dengan catatan 3.617%, ianya menurun hingga ke lingkungan 1% baru-baru ini iaitu 1.619%.
Disebabkan oleh itu, penonton mula membincangkan sebab drama itu gagal menarik perhatian penonton untuk terus menantikannya pada setiap minggu. Kata sebilangan mereka, plot menyelesaikan soalan matematik agak mendatar selain tiada klimaks yang memberikan impak besar setakat 4 episod awal ini. Malah masih ada yang meluahkan rasa kurang selesa apabila watak Bae Seung-yoo (Lee Do-hyun) yang merupakan seorang pelajar sekolah mempunyai hubungan rapat dengan gurunya sendiri.
Apa pun, masih terlalu awal untuk menghukum “Melancholia”. Mungkin akan ada perubahan plot yang mengujakan pada episod akan datang. Sama-sama kita nantikannya.
Untuk pengetahuan, “Melancholia” berlatar belakangkan sekolah menengah swasta yang korup dek kemasukan ikut keutamaan. Ianya akan membawa kisah seorang guru matematik dan pelajar matematik genius yang menyentuh perasaan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.