Utama Drama Korea Belum Tayang, Netizen Kritik ‘Melancholia’ Bawa Plot Hubungan Romantik Guru-Pelajar

Belum Tayang, Netizen Kritik ‘Melancholia’ Bawa Plot Hubungan Romantik Guru-Pelajar

tvn melancholia

Belum lagi ditayangkan, namun “Melancholia” sudah pun menjadi topik utama perdebatan netizen sejak kebelakangan ini.

“Melancholia” berlatar belakangkan sekolah menengah swasta yang korup dek kemasukan ikut keutamaan. Ianya akan membawa kisah seorang guru matematik dan pelajar matematik genius yang menyentuh perasaan.

Diterajui oleh nama popular seperti Im Soo-jung dan Lee Do-hyun, sudah pasti drama ini mendapat perhatian ramai sejak ianya diumumkan. Walaubagaimanapun, ramai yang tidak berpuas hati dengan premis naskhah ini apabila posternya didedahkan.

tvn melancholia

Dengan ayat ‘Saya tak sepatutnya menyukai matematik atau pun awak,’ bagi poster watak Lee Do-hyun, ada yang mengatakan “Melancholia” seperti mempromosikan hubungan romantik di antara guru dan pelajar.

Terang-terang merupakan pelajar, netizen kerana drama ini dikatakan sebagai kisah romantik yang berlaku di sekolah.

Antara guru dan pelajar..?

 

Nampak betul jarak usia apabila tengok poster ini, nampak tak serasi keduanya.

 

Apa maksudnya dengan ayat itu?

 

Saya tak boleh terima konsep hubungan antara remaja bawah umur dan orang dewasa.

Malah teaser pendek yang diriliskan turut memaparkan bunga cinta di antara watak Baek Seung-yoo (Lee Do-hyun) dan Ji Yoon-su (Im Soo-jung).

Pun begitu, ada segelintir netizen yang meminta untuk menunggu sehingga “Melancholia” ditayangkan sebelum menjatuhkan sebarang hukuman buat siri itu. Mungkin ada plot lain yang tidak dijelaskan lagi buat masa ini, seperti pelajar itu menginjak ke alam dewasa sebelum bercinta ataupun lain-lain.

Apa pula pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERInsight
Loading...