Adakah program “I Live Alone” sudah tidak popular kini?
Sejak kebelakangan ini, rating program MBC itu berterusan ke angka yang membimbangkan. Rancangan yang mula disiarkan lebih dari 10 tahun yang lalu ini mempersembahkan konsep yang unik dan menarik di mana penonton diberi pandangan mendalam tentang kehidupan di rumah selebriti kegemaran mereka.
Rata-rata penonton menyalahkan penurunan rating dek tetamu yang kurang menarik kini. Dalam episod yang menampilkan Ahn Jae-hyun dan Lee Joo-seung, dan ianya telah menyaksikan penurunan rating sebanyak 1.1% berbanding epsiod sebelumnya. Manakala episod menampilkan Doyoung NCT dan pelakon Cha Seo-won meraih rating terendah setakat ini dengan catatan 5.1%.
Menurut sumber industri, mendapatkan tetamu selebriti baru adalah cabaran utama rancangan ini. Selebriti terkenal bimbang mengenai isu privasi yang boleh timbul apabila menayangkan rumah dan kehidupan harian mereka di televisyen. Selebriti lain pula bimbang bahawa kehidupan harian mereka di rumah terlalu membosankan untuk dipaparkan dalam rancangan tersebut.
Oleh kerana sudah 10 tahun bersiaran, penonton mengharapkan agar ada pembaharuan baru dari segi kandungan program ini. Jika pasukan produksi tidak dapat mencari strategi baru, berkemungkinan besar ia semakin menghampiri penghujungnya.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.