Ikuti Kami:

Kacak & Graduan Universiti Seoul, Abang Minho SHINee Jadi Perhatian Dek Muncul Di ‘I Live Alone’

Kacak & Graduan Universiti Seoul, Abang Minho SHINee Jadi Perhatian Dek Muncul Di ‘I Live Alone’

Biasanya hanya Min-ho SHINee yang membawa cerita, ramai terkejut apabila melihat abangnya muncul sendiri di kaca televisyen dalam program “I Live Alone” baru-baru ini.

Berusia dua tahun lebih tua daripada Choi Min-ho, Choi Min-seok menjadi tetamu khas episod berkenaan sebagai rakan kepada penyanyi rap Code Kunst.

Melihatkan wajah abang kepada ahli kumpulannya, Key nyata terkesima dan tak mampu menahan ketawa,

Tak sangka akan tengok Min-seok di TV.

abang minho shinee

Ulas Code Kunst,

Kami sudah berkawan sejak dari sekolah rendah.

Tambahnya lagi, Choi Min-seok merupakan sangat popular di kejiranan mereka dek ketampanan dan kebijakannya.

Apabila mendengar bahawa Min-ho bakal debut sebagai idola, ramai terkejut dan mengatakan bahawa Min-seok yang sepatutnya debut.

abang minho shinee

Untuk pengetahuan, abang Min-ho merupakan graduan Universiti Kebangsaan Seoul dalam jurusan Pendidikan Sukan. Malah dia merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat besar kini.

Dalam program “Ugly Duckling” terdahulu, idola itu mendedahkan bahawa abangnya lebih baik daripadanya dalam pelbagai perkara seperti sukan, pelajaran dan turut popular dengan orang sekeliling mereka.

Mak saya suruh mengikut sekurang-kurangnya separuh daripadanya. Tapi saya tak mampu menghampiri kedudukan 10 tertinggi di sekolah tapi dia sentiasa berada di atas.

abang minho shinee

Mak ayah mereka mesti bangga kan ada anak-anak yang berjaya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...