Meskipun mendapat pujian awalnya kerana sinematografi yang hebat namun sepertinya “Joseon Exorcist” telah pun melalui cabaran yang pertama.
Dikritik kerana menggunakan prop barangan dan makanan China pada episod pertamanya, keadaan sepertinya terus memburuk walaupun SBS telah memberikan kenyataan rasmi dan memohon maaf mengenai insiden tersebut.
Selepas meraih rating yang tinggi pada episod perdana iaitu 5.7% dan 8.9%, “Joseon Exorcist” nampaknya menerima tamparan hebat apabila episod keduanya menyaksikan penurunan yang mendadak iaitu 4.5% dan 6.9%.
Disebabkan oleh hal itu, “River Where The Moon Rises” kembali mendahului bagi slot tayangan Isnin-Selasa dengan rating stabil 6.8% dan 8.1%.
Bagi yang tidak tahu, “Joseon Exorcist” menceritakan kisah pertempuran si mati yang hidup semula selepas dibunuh oleh keluarga diraja. Jang Dong-yoon memegang watak Putera Chungnyeong iaitu seorang lelaki ‘nerd’ yang terpaksa melindungi Joseon daripada roh jahat. Kam Woo-sung berlakon sebagai Kim Tae-jong iaitu seorang pewaris yang dingin namun secara diam memendam rasa bersalah kerana menumpahkan banyak darah semasa membina Joseon. Park Sung-hoon pula membawa watak sebagai Putera Yang-nyeong yang menjalinkan hubungan dengan roh jahat bagi menyelamatkan orang disayangi.
Semoga hal ini dapat diselesaikan dengan segera.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.