Ikuti Kami:

Dikritik Netizen Korea Dek Selit Prop Dari China, Pihak Produksi ‘Joseon Exorcist’ Beri Penjelasan

Dikritik Netizen Korea Dek Selit Prop Dari China, Pihak Produksi ‘Joseon Exorcist’ Beri Penjelasan

Baru sahaja 1 episod ditayangkan tetapi drama bersejarah “Joseon Exorcist” sudah pun menerima kritikan netizen Korea.

Dalam salah satu babak tersebut, Putera Chungnyeong (Jang Dong-yoon) telah melayan penghalau roh barat Yo Han (Darcy Paquet) dan penterjemahnya Marco ( Seo Dong-won). Selepas Joseon diserang oleh zombi, putera tersebut diarahkan oleh ayahnya Taejong (Kam Woo-sung) untuk mengembara ke kawasan sempadan Dinasti Ming, berdekatan wilayah Uiju untuk berjumpa dengan penghalau roh tersebut.

Dalam babak pertemuan tersebut, penonton perasan yang meja di situ dihiasi dengan kek bulan Cina dan pidan Cina (telur abad). Bukan itu sahaja, tersapat juga pau Cina dan juga botol arak Cina dengan tulisan bahasa mereka padanya. Ini menyebabkan ramai yang menfailkan aduan dan mengatakan mereka memutar-belitkan sejarah asal Korea.

Selepas dibanjiri dengan kritikan, SBS telah tampil memberikan kenyataan rasmi mengenai babak itu,

Ini ialah kenyataan pasukan produksi berkaitan alatan dan makanan ala Cina.

Kami menghias lokasi penggambaran seperti berdekatan wilayah Uiju (sempadan Dinasti Ming) bagi menggambarkan situasi di mana putera ketiga, Putera Chungnyeong terpaksa mengembara jauh ke sempadan China bagi membawa penghalau roh barat itu, malah sari kata juga diletakkan untuk menggambarkan situasi tersebut.

Ia adalah lokasi di mana pihak pengahalau roh hantu barat itu boleh berehat selepas berjalan jauh dari Dinasti Ming dan kami menyediakan prop berdasarkan imaginasi di mana terdapat ramai orang Cina yang bersesak.

Ini hanyalah set untuk menjelaskan lokasi watak ini berada iaitu di kawasan terpencil dan jauh dari Hanyang (Seoul), dan tiada niat istimewa pun disebalik babak ini.

Kami memohon maaf sekiranya menyebabkan rasa tidak selesa ketika menonton babak yang boleh disalah erti ketika waktu yang sensitif ini. Kami akan memberikan perhatian yang lebih kepada produksi dalam tayangan masa hadapan.

Biasalah orang Korea agak sensitif apa-apa mengenai sejarah mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...