Ikuti Kami:

Rating Jatuh Ke 1% Kini, ‘Master In The House 2’ Sah Bakal Tamatkan Siaran

Rating Jatuh Ke 1% Kini, ‘Master In The House 2’ Sah Bakal Tamatkan Siaran

Sepertinya ada berita kurang enak buat peminat rancangan “Master In The House”.

Pada pagi ini, berterbangan khabar angin mengatakan bahawa musim kedua program SBS itu bakal menamatkan siarannya tak lama lagi.

Respon saluran televisyen itu,

‘Master In The House 2’ sudah pun menyelesaikan penggambaran akhirnya dan episod itu hanya akan dipenuhi oleh ahli.

Ditanya mengenai kemungkinan sambungannya nanti, jawab SBS,

Belum lagi dapat dipastikan sama ada musim ketiga akan dihasilkan. Namun ianya terbuka untuk dibincangkan.

sbs master in the house

Untuk pengetahuan, “Master In The House” ialah program yang membawa kesemua ahli menerima pelajaran dari ‘sifu’ dalam pelbagai bidang.

Selepas musim pertama ditamatkan pada September lalu, ianya bersambung dengan musim kedua pada bulan Disember dengen beberapa ahli baru seperti BamBam GOT7 dan pemain besbol Lee Dae-ho namun tidak dapat mengekalkan momentum membanggakan.

Dengan ketiadaan bintang utama iaitu Lee Seung-gi, musim kedua “Master In The House” gagal mencapai jangkaan dan terpaksa berpuas hati dengan rating 1% sahaj sejak beberapa episod kebelakangan ini.

Dalam pada itu, episod akhir “Master In The House 2” akan ditayangkan pada 23 April ini.

Sedihnya..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...