Ikuti Kami:

Penonton Teruja, Lee Daeho & Bam Bam GOT7 Bakal Sertai ‘Master In The House 2’

Penonton Teruja, Lee Daeho & Bam Bam GOT7 Bakal Sertai  ‘Master In The House 2’

Lah.. Lee Seung-gi dah tak jadi pengacara “Master In The House”?

Sehingga kini, masih tiada sebarang keputusan daripada Lee Seung-gi sama ada dia bakal tampil dalam “Master In The House” ataupun tidak. Hal ini kerana, dia dikatakan ingin menyelesaikan isu bersama Hook Entertainment terlebih dahulu.

Sebelum ini, seorang pengacara “Master In The House”, Lee Dae-ho yang tampil dalam musim keempat dan kelima, berkongsi bahawa, dia tampil ke rancangan television kerana ianya rancangan yang turut disertai oleh Lee Seung-gi. lee seunggiNamun, walaupun kini, Lee Seung-gi masih tidak mengesahkan jika dia akan mengacarakan rancangan tersebut, Lee Dae-ho masih akan meneruskan tanggungjawab tersebut secara profesional.

Dalam pada itu juga, seorang ahli GOT7 iaitu Bam Bam juga kini mengesahkan bahawa dia juga akan tampil dalam rancangan “Master In The House”. Kebolehannya mengacara dalam rancangan hiburan mula terserlah selepas dia mengacarakan rancangan percintaan TVing, “Transit Love 2”.bam bamPihak produksi “Master In The House” juga berkata bahawa mereka akan meneruskan penggambaran bersama ahli baru, sambil menunggu keputusan Lee Seung-gi.

Dek kerana penyertaan Lee Dae-ho dan Bam Bam, rata-rata dalam kalangan peminat amat menantikan gabungan dua ahli baru ini untuk melihat sama ada mereka mampu ‘mengisi’ kekosongan Lee Seung-gi atau pun tidak.

Hm… rasa-rasa Lee Dae-ho dengan Bam Bam okay ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...