Ikuti Kami:

“Rating? Jangan Pedulikannya..” – Gong Yoo Luah Rasa Suka Buat ‘My Liberation Notes’

“Rating? Jangan Pedulikannya..” – Gong Yoo Luah Rasa Suka Buat ‘My Liberation Notes’

Gong Yoo langsung tak menyembunyikan kenyataan bahawa dia merupakan peminat fanatik “My Liberation Notes”.

Sebelum ini, pelakon lelaki itu ada memuat naik mengenai drama berkenaan dengan kapsyen yang ditujukan untuk drama itu,

Puja saya.

Terbaru, Gong Yoo sekali lagi membuktikan bahawa dia menyokong drama itu meskipun rating yang rendah.

Tulisnya sambil mengubah sedikit daripada dialog asal drama itu,

Rating? Jangan pedulikannya.. Berikan semuanya seperti pendekar. Biarkan cinta meletup!!

Pelakon Son Suk-ku yang membawa watak Encik Gu juga dilihat berterima kasih atas sokongan Gong Yoo dan menulis komen,

Terima kasih, terima kasih. Saya sayangkan awak!

Untuk pengetahuan, “My Liberation Notes” mengisahkan tentang tiga beradik yang ingin melarikan diri dari kehidupan mereka yang menyesakkan dan peristiwa yang berlaku apabila orang luar yang misteri datang ke bandar mereka.

jtbc my liberation notes

Sudah 4 episod ditayangkan, drama kehidupan itu hanya mampu meraih rating dalam lingkungan bawah 3% sahaja.

Gong Yoo pun layan tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...