Ikuti Kami:

Rating ‘Extraordinary Attorney Woo’ Menurun Sedikit

Rating ‘Extraordinary Attorney Woo’ Menurun Sedikit

Tinggal lagi 5 episod, perkembangan plot “Extraordinary Attorney Woo” terus menjadi perhatian ramai.

Menurut Nielsen Korea, episod ke-11 drama ENA itu berjaya mencatat rating sebanyak 14.2% secara purata di seluruh negara. Meskipu mengekalkan angka yang baik namun ia mencatatkan penurunan sebanyak 1% berbanding 10 episod yang lalu. Pun begitu, ia kekal sebagai drama dengan tontonan paling ramai untuk slot Rabu-Khamis setakat ini.

Untuk pengetahuan, rating terbaik yang dipegang “Extraordinary Attorney Woo” ialah 15.8% di mana ia juga merupakan rekod tertinggi bagi mana-mana program yang ditayangkan di ENA.

ena extraordinary attorney woo

Dalm episod terbaru ini, Woo Young-woo terlibat degan satu kes perjudian di mana mereka perle membahagikan hadiah utama. Meskipun sibuk dengan klien namun hubungan cinta wanita itu bersama Lee Jun-ho terus mekar dan membuatkan hati penonton berbunga-bunga.

Untuk pengetahuan, drama ini membawa kisah seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran.

Drama terbest tahun ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...