Ikuti Kami:

Capai Jutaan Ringgit, Bayaran Park Eunbin Meningkat Kini Dek Populariti ‘Extraordinary Attorney Woo’

Capai Jutaan Ringgit, Bayaran Park Eunbin Meningkat Kini Dek Populariti ‘Extraordinary Attorney Woo’

Meskipun sudah menceburi bidang lakonan sejak kecil namun nama Park Eun-bin meniti di bibir ramai sejak kepopularitian “Extraordinary Attorney Woo” melonjak kini.

Khabarnya pelakon wanita itu menerima lambakan skrip untuk projek seterusnya. Bahkan Park Eun-bin dilapor hanya menerima bayaran bawah 100 juta won (RM341,484) sebelum drama ini namun ianya meningkat kini kerana ramai yang berebut mahu mengambilnya sebagai teraju utama.

park eunbin

Kata seorang wakil,

Melihat popularitinya kini, Park Eun-bin pastinya akan menerima lebih 100 juta won kini. Walaupun byaran pelakon lelaki biasanya lebih tinggi berbanding pelakon wanita. Park Eun-bin semestinya terkecuali daripada peraturan ini memandangkan dia berjaya membuktikan kewujudan dalam sebuah siri popular. Dengan tawaran yang melimpah kini, pastinya dia menerima 200 juta won (RM682,969).

Dalam pada itu, Park Eun-bin dilaporkan menerima bayaran iklan sebanyak 400 (RM1.3 juta) hingga 500 juta won (RM1.7 juta) untuk kontrak setahun namun ianya pasti meningkat pada masa akan datang.

Wow!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...