Ikuti Kami:

Rating Episod Pertama ‘Tale Of The Nine Tailed’ Benam Rekod ‘Flower Of Evil, Trending Popular No 1 Di Twitter

Rating Episod Pertama ‘Tale Of The Nine Tailed’ Benam Rekod ‘Flower Of Evil, Trending Popular No 1 Di Twitter

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya drama Lee Dong-wook iaitu “Tale Of The Nine Tailed” sudah pun memulakan tayangan kelmarin. Bestnya!

Sinopsis ringkas

Naskhah yang digambarkan sebagai drama fantasi urban ini mengisahkan tentang seorang gumiho lelaki (makhluk mistik rubah berekor sembilan) bernama Yi Yeon (Lee Dong-wook) yang tinggal di bandar serta seorang pengarah produksi (Jo Bo-ah) yang tidak kenal erti takut dan berusaha keras menjejaki makhluk itu. Kim Bum pula membawa watak Yi-rang iaitu adik tiri kepada Yi Yeon dan lahir separuh manusia dan separuh gumiho.

episod awal tale of the nine tailed

Episod awal memukau perhatian

[Amaran SPOILER]

Daripada awal tayangan, “Tale Of The Nine Tailed” berjaya membuatkan penonton melekat di hadapan televisyen dan tidak berganjak ke mana-mana. Nam Ji-ah (Jo Bo-ah) yang berusaha cuba membongkar misteri di sebalik identiti sebenar Yi Yeon nyata mendebarkan kerana pandangannya yang tajam dan kemampuannya untuk mengesan sama ada seseorang itu menipu berdasarkan tingkah laku dan pemakaiannya.

Bahkan wanita itu sudah tiga kali bertemu dengan Yi Yeon dan yang paling mengasyikkan ialah kuasa rubah berekor sembilan itu untuk memadamkan memori manusia sepertinya tidak berkesan ke atas Nam Ji-ah. Dalam masa yang sama, Yi Rang iaitu adik tiri Yi Yeon tak melepaskan peluang untuk mengejar pengarah produksi tersebut kerana katanya wanita itu mempunyai rupa yang serupa dengan cinta pertama abangnya.

episod awal tale of the nine tailed

Menggunakan fakta itu untuk terus mengacau Nam Ji-ah dan membuatkan Yi Yeon marah, Yi Rang dijangka akan terus menimbulkan masalah dek dendamnya terhadap abangnya itu yang tidak digambarkan secara jelas lagi. Nam Ji-ah juga ternyata tidak menanam sekelumit rasa takut pun dengan kedua makhluk aneh itu meskipun menyaksikan sendiri kuasa mereka apabila berlawan di rumahnya. Dalam kepalanya, dia hanya mahu membongkar kebenaran mengenai kehilangan ayah dan ibunya yang mempunyai kaitan dengan Yi Yeon.

[SPOILER Tamat]

Popular sejak awal tayangan

Mungkin disebabkan drama ini dicanang dengan hebatnya sebelum tayangan perdana, ia berjaya menarik perhatian ramai penonton untuk duduk menyaksikan episod awalnya. Bahkan rating episod pertama ini iaitu 5.804% berjaya mengalahkan catatan rating episod akhir “Flower Of Evil” (5.715%) iaitu drama yang ditayangkan dalam slot yang sama sebelum ini.

episod awal tale of the nine tailed

Bukan itu sahaja, semasa tayangannya, “Tale Of The Nine Tailed” turut berjaya duduk di tangga pertama ranking trending popular di Twitter Korea dan juga serata laman komuniti di sana sekaligus membuktikan kepopularitiannya.

Saksikan “Tale Of The Nine Tailed” pada setiap hari Rabu dan Khamis, hanya di tvN.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...