Ikuti Kami:

Rating Episod Akhir Kekal 1%, Penonton Kritik Plot ‘Strangers Again’ Longgar & Cacamarba

Rating Episod Akhir Kekal 1%, Penonton Kritik Plot ‘Strangers Again’ Longgar & Cacamarba

Tak semua yang kita harapkan, akan menjadi kenyataan. Begitu juga dengan pengakhiran drama “Strangers Again”.

Untuk pengetahuan, siri ini membawa kisah pasangan peguam yang sudah bercerai namun terpaksa bekerja bersama semula dalam firma yang sama dan cinta lama mula bercambah kembali.

[Amaran SPOILER]

Berakhir duka

Selepas berbolak-balik dek personaliti dan kemahuan hidup yang berbeza, Goo Eun-beom dan Oh Ha-ra memilih untuk membawa haluan hidup masing-masing. Walaupun masih mempunyai perasaan terhadap satu sama lain, mereka sedar bahawa ada masalah lain yang perlu diselesaikan mereka.

ena strangers again

Bahkan wanita itu memilih untuk meninggalkan firma berkenaan bagi mengembangkan lagi kerjayanya dengan syarikat yang lebih besar manakala Goo Eun-beom pula menerima hakikat dia memiliki masalah psikologi dan akhirnya menghadiri sesi kaunseling bagi menyelesaikannya.

Di pengakhiran cerita, kedua mereka bertemu dan menyapa satu sama lain dengan mesra. Walau bagaimanapun, Goo Eun-beom dan Oh Ha-ra hanya tersenyum memandang satu sama lain dan tidak meluahkan perasaan sebenar sama ada mereka masih boleh menjadi orang tak dikenali.

Rating biasa dan respon menyedihkan

Untuk episod akhir ini, “Strangers Again” berjaya meraih rating tertinggi sepanjang tayangan iaitu 1.762%.

ena strangers again

Meskipun ada peningkatan, namun rata-rata penonton meluahkan rasa kesal dek plot yang dibina untuk drama ini. Sepertinya hubungan antara watak utama agak pincang hingga ada yang tak memahami bagaimana mereka masih mahu bersama setelah apa yang dilalui. Malah walaupun keduanya ialah peguam yang mencecah usia 30-an tetapi keduanya gagal mencapai keputusan yang logik terhadap perhubungan itu.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...