Siapa yang tengah ‘mood’ bercinta, wajiblah tengok drama romantik Korea kan? Kalau tak tengok yang mana, moh lah tengok “Strangers Again”.

Untuk pengetahuan, ia membawa kisah pasangan perguam penceraian yang sudah bercerai namun berbolak-balik hatinya apabila mereka perlu bekerjasama kembali.
Apa yang menarik perhatian ramai untuk menonton siri ENA ini pada awalnya adalah kerana ia merupakan drama comeback Kang So-ra selepas berkahwin dan melahirkan anak sulungnya. Malah ini juga merupakan naskhah romantik pertama di mana Jang Seung-jo memegang watak utama.
Meskipun sudah berkahwin dan memiliki anak dalam dunia nyata, kedua-dua pelakon ini dipuji kerana mampu meletakkan hal itu ke tepi bagi memastikan plot berbunga di antara watak Oh Ha-ra dan Goo Eun-beom disampaikan dengan baik.
Malah Jang Seung-jo dan Kang So-ra tidak menolak untuk membawa babak intim seperti berciuman ataupun tidur sekatil walaupun status masing-masing. Ini kerana kebanyakan pelakon popular menolak untuk merakam babak sedemikian sementelah sudah bergelar ibu dan ayah.
Korang dah layan ke siri ini?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉