Ikuti Kami:

Drama Pertama Lepas Bersalin, Netizen Puji Kang Sora Tak Kisah Tampil Seksi Dalam ‘Strangers Again’

Drama Pertama Lepas Bersalin, Netizen Puji Kang Sora Tak Kisah Tampil Seksi Dalam ‘Strangers Again’

Dalam diam, tak sangka rupanya Kang So-ra sudah 6 tahun menyepikan diri daripada dunia K-Drama.

Mengambil masa untuk memberikan fokus buat suami yang merupakan seorang doktor perubatan oriental dan anak pertama mereka, nampaknya wanita itu sudah bersedia untuk kembali ke karier asalnya.

Untuk yang tidak mengetahui, Kang So-ra kini sedang membintangi drama “Strangers Again” di Genie TV sebagai peguam penceraian ‘hot’ yang mula berbolak-balik hatinya apabila mula bekerjasama kembali bersama bekas suaminya, lakonan Jang Seung-jo.

Meskipun rata-rata selebriti yang sudah berkahwin ataupun mempunyai pasangan cuba mengurangkan babak intim atau seksi apabila berlakon namun tidak buat Kang So-ra. Malah wanita itu dilihat tidak kisah untuk tampil seksi dalam episod terbaru drama tersebut.

kang sora strangers again

Dalam episod itu, watak Kang So-ra yang buat pertama kali bermalam di rumah kekasihnya hanya tampil mengenakan tuala dan kelihatan janggal kerana tidak biasa seksi sebegitu. Pun begitu, situasi berubah kelakar apabila ibu lelaki itu melawati rumah anaknya untuk melakukan kejutan hingga menyebabkan Kang So-ra terkesima kerana pertemuan tak dijangka.

Komen penonton, mereka berasa kagum dengan Kang So-ra kerana berjaya mengekalkan penampilan yang ‘cool’ walaupun sudah lama tidak membuat kemunculan di kaca televisyen. Malah ada yang tak menyangka bahawa pelakon berusia 33 tahun itu sudah pun berkahwin sebenarnya.

Korang tonton tak drama ini?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...