Utama Drama Korea Rating ‘Café Minamdang’ Kekal No 1 Bagi Slot Tayangan Isnin-Selasa

Rating ‘Café Minamdang’ Kekal No 1 Bagi Slot Tayangan Isnin-Selasa

kbs café minamdang

Ramai juga yang seronok melayan “Café Minamdang” sekarang ini kan?

Drama komedi misteri ini akan menelusuri kisah Nam Han-joon (Seo In-guk), seorang bekas profiler yang hidup sebagai bomoh kini dan bergabung dengan seorang detektif untuk menyelesaikan pelbagai kes.

Menurut Nielsen Korea, tayangan 18 Julai (episod ke-7) drama fantasi itu berjaya meraih rating purata sebanyak 4.5% di mana ia merupakan 0.3% peningkatan daripada rekod sebelumnya.

kbs café minamdang

Dalam pada itu, “Link: Eat, Love, Kill” yang turut ditayangkan dalam slot yang sama hanya mampu berpuas hati dengan catatan 1.423% sahaja.

Korang seronok layan drama mana sekarang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERCeluv Media
Loading...