Nampaknya ada naskhah baru yang menghiburkan buat anda kini! Ianya adalah drama KBS bertajuk “Café Minamdang”.
Sinopsis
Drama komedi misteri ini akan menelusuri kisah Nam Han-joon (Seo In-guk), seorang bekas profiler yang hidup sebagai bomoh kini dan bergabung dengan seorang detektif untuk menyelesaikan pelbagai kes.
Kelakar, kalut dan serius
[Amaran SPOILER]
Episod awal ini membawa kisah Nam Han-joon iaitu seorang penilik nasib kaya yang merupakan bekas profiler. Dengan menggunakan kemahiran yang ada, lelaki itu dan skuadnya membantu mengesan penjenayah. Dalam pada itu, dia bertemu dengan Leftenan Han Jae-hee (Oh Yoon-seo) yang terkenal sebagai ‘si gila’ dalam jabatan polis.
Rating memuaskan
Untuk episod awal ini, “Café Minamdang” berjaya rating memuaskan iaitu 5.6% dan 5.7% di mana ia merupakan catatan yang baik untuk sebuah naskhah baru.
Korang dah layan ke? Kalau belum, cepat-cepat tonton di Netflix tau!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.