Ikuti Kami:

“Rasanya Saya & Kim Jongkook Ada Masalah Mental..” – Jang Hyuk

“Rasanya Saya & Kim Jongkook Ada Masalah Mental..” – Jang Hyuk

Kalau dah kawan baik, memang semuanya akan dilakukan bersama.

Dalam episod terbaru “Omniscient Interfering View”, Jang Hyuk telah hadir sebagai tetamu dan berkongsi pelbagai cerita termasuklah cintanya terhadap senaman.

Jelasnya,

Saya melompat tali selama 20 minit dan bertinju selama 2 jam setiap hari sebelum memulakan jadual seni. Senama seperti Jee Kun Do dan bertinju membantu saya dari segi lakonan.

jang hyuk kim jongkook

Mengulas mengenai rakan baiknya Kim Jong-kook,

Saya berasa Kim Jong-kook dan saya mempunyai masalah mental berkaitan senaman. Kami tak selalunya lambat, tapi kalau terlewat, kami akan berlatih hingga menamatkan seluruh set senaman. Kami tak boleh tolak rasa tidak selesa apabila tidak menghabiskannya.

Katanya lagi,

Dan apabila semakin berusia, saya kadang-kadang terfikir sama ada saya melakukan set senaman dengan betul. Setiap kali, pastinya saya akan melakukannya sekali lagi.

jang hyuk kim jongkook

Betul-betul sayangkan senaman dorang ni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...