Ikuti Kami:

Penonton Perasan Aksi ‘Meragukan’ Song Jihyo Ketika Di Rumah Kim Jongkook

Penonton Perasan Aksi ‘Meragukan’ Song Jihyo Ketika Di Rumah Kim Jongkook

Makin membara kisah cinta Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook apabila penonton perasan tingkah laku ‘pelik’ wanita itu.

Terbaru, “Running Man” telah berkongsi sedutan episod akan datang di mana kesemua ahli menyerbu rumah Kim Jong-kook untuk menjalankan misi mereka.

Meskipun biasa dilihat dalam saluran YouTube ‘GYM Jongkook’, namun ini merupakan pertama kali di mana kesemua ahli “Running Man” melawat rumah berkenaan bersama-sama.

kim jongkook song jihyo

Sengaja bergurau, Song Ji-hyo berkata sebelum memasuki rumah itu,

Selamat datang ke rumah pengantin baru kami.

Walau bagaimanapun, satu tindakan wanita itu menimbulkan spekulasi dan tekaan rawak orang ramai. Ini kerana Song Ji-hyo dilihat tanpa ragu-ragu menekan kata laluan untuk memasuki rumah Kim Jong-kook.

kim jongkook song jihyo

Apabila memasuki rumah itu, Song Ji-hyo mengusik Kim Jong-kook dan berkata,

Ini mengingatkan saya pada masa lalu.

Melihatkan babak itu, peminat ‘love line’ pasangan itu menunjukkan perasaan tidak sabar untuk menonton episod “Running Man” pada minggu ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...