Ikuti Kami:

“Rasa Tak Adil..” – Ini Sebab Kenapa Lee Dongwook Tak Pernah Cerita Mengenai Bekas Teman Wanitanya

“Rasa Tak Adil..” – Ini Sebab Kenapa Lee Dongwook Tak Pernah Cerita Mengenai Bekas Teman Wanitanya

Ketika ditemu bual di sidang media bagi filem “Single in Seoul”, Lee Dong-wook telah menceritakan sebab mengapa dia tidak pernah bercakap mengenai bekas teman wanitanya.

Ditanya jika dia ingin mengeluarkan buku mengenai hubungan percintaannya, Lee Dong-wook telah menyatakan bahawa ianya tidak wajar jika dia bercakap mengenai bekas teman wanitanya tanpa kebenaran mereka.

Katanya,

Saya rasa ianya tidak adil buat bekas teman wanita saya jika saya keluarkan buku mengenai dia tanpa kebenarannya. Pembaca memang tidak akan tahu siapa dia, tapi bekas teman wanita saya mesti akan mengetahuinya.

Tambahnya,

Sebab itu juga saya jarang untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai hubungan silam saya semasa ditemuduga.

lee-dong-wook

Meskipun sudah lama bergelar pelakon, Lee Dong-wook pernah sekali sahaja mengesahkan hubungannya pada umum, iaitu semasa dia bercinta dengan Suzy. Namun begitu, hubungan kedua-dua mereka hanya bertahan kurang daripada setahun.

Malah, pelakon Kim Bum juga pernah mendedahkan bahawa jadual Lee Dong-wook yang sangat sibuk telah menyukarkan pelakon itu untuk menjalani hubungan percintaan dengan mana-mana wanita.

Lelaki macam ini la yang kita mahukan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...