Ikuti Kami:

“Kami Perlukan Pelakon Yang..” – Pengarah Dedah Sebab Pilih Lee Dongwook Untuk Terajui ‘A Shop For Killers’

“Kami Perlukan Pelakon Yang..” – Pengarah Dedah Sebab Pilih Lee Dongwook Untuk Terajui ‘A Shop For Killers’

Sebab mengapa Lee Dong-wook yang mempunyai penampilan berbeza daripada watak asal, dipilih untuk memegang watak utama untuk “A Shop For Killers” telah didedahkan.

Pada 15 Januari, sidang media bagi drama “A Shop For Killers” telah diadakan di Seoul, Korea. Di mana, ianya telah dihadiri oleh barisan pelakon drama tersebut serta pengarahnya.

“A Shop For Killers” mengisahkan tentang Jeong Ji-an (Kim Hye-jun) yang menjadi sasaran pembunuh disebabkan oleh legasi yang ditinggalkan oleh pakciknya Jeong Jin-man (Lee Dong-wook).

Mengenai proses pemilihan Lee Dong-wook sebagai pelakon watak utama, pengarah drama itu berkata,

Di dalam cerita sebenar, Jin-man merupakan seorang lelaki yang berisi dan botak. Tapi tiada pelakon yang sepadan dengan watak yang asal.

a shop for killer ldw

Tambahnya,

Selain itu, disebabkan kami turut menambah masa lalu Jin-man di dalam drama ini, kami memerlukan seorang pelakon yang tampan.

Dalam masa yang sama, Lee Dong-wook turut mendedahkan bahawa dia akan menunjukkan sisi baru terutamanya di dalam babak aksi yang bakal dipaparkan di dalam drama ini.

Drama “A Shop For Killers” akan mula ditayangkan di Disney+ bermula 17 Januari ini.

Lagi beberapa hari je lagi nak tayang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...