Ikuti Kami:

“Dia Pernah Debut Dalam..” – Seperti Idola K-Pop, Penampilan Baru Lee Dongwook Dipuji Ramai

“Dia Pernah Debut Dalam..” – Seperti Idola K-Pop, Penampilan Baru Lee Dongwook Dipuji Ramai

Macam tak percaya yang ni merupakan gambar terkini Lee Dong-wook.

Pada 17 Disember, Lee Dong-wook telah mengadakan acara tandatangan bersama peminat di mana dia telah berinteraksi bersama peminatnya yang hadir.

Di mana di acara itu, pelakon tersebut telah kelihatan seperti ahli kumpulan idola K-Pop dengan penampilan yang segar dan bergaya serta rambutnya yang berwarna perang selepas dilunturkan.

Walaupun sudah berusia dalam lingkungan 40-an, imej baru Lee Dong-wook yang seakan idola K-Pop itu kelihatan sangat sesuai dengan dirinya.

Malah, imej pelakon itu yang berambut perang juga telah dibandingkan dengan gambar V BTS dan ramai yang menggelar kedua-duanya sebagai,

Seseorang yang kacak di sebelah orang yang kacak.

lee dongwook v bts

Tambahan pula, acara peminat Lee Dong-wook ini juga mempunyai persamaan seperti acara peminat idola K-Pop.

Di mana, acara itu tertumpu kepada aktiviti yang mengutamakan peminat dan Lee Dong-wook juga menawarkan diri memakai aksesori comel yang diberikan oleh peminatnya.

Disebabkan gambar-gambarnya yang tular, ramai yang tidak dapat menahan diri daripada bertanya,

Adakah dia pernah debut di dalam kumpulan K-Pop?

 

lee dongwook

Rata-rata peminat juga mendapati bahawa ini adalah idea yang baik, memandangkan Lee Dong-wook bukan sahaja telah mempamerkan kemahiran lakonan yang baik.

Malah, pelakon ini juga mempunyai suara nyanyian yang manis dan pernah terlibat di dalam beberapa lagu OST yang terkenal.

Tidak ketinggalan juga, Lee Dong-wook sebelum ini pernah dipuji ramai selepas nyanyian duetnya “City of Stars” bersama Su-hyun AKMU tular di media sosial.

Kenapa Lee Dong-wook nampak makin muda ye?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...